26th August 2010

Post

Perbarisan Hari Kebangsaan

Pada 9 Ogos, Singapura telah menyambut Hari Kebangsaannya di tempat asalnya di Padang. Seperti tahun-tahun yang lalu, saya tidak bertuah untuk menyaksikan perbarisan itu secara langsung.Namun begitu, saya masih menontonnya melalui televisyen dari rumah. Seperti biasa, acara perbarisan dimulakan dengan kemasukan kontinjen kawalan kehormatan yang begitu segak. Penonton di Padang begitu teruja kerana berpeluang melihat Presiden dan anggota-anggota Parlimen dengan begitu dekat. Seterusnya, kecanggihan dan keupayaan Angkatan Bersenjata Singapura(SAF) dipamerkan melalui segmen kontinjen kenderaan. Pekikan dan sorakan gemuruh menghangatkan lagi suasana sebaik kereta kebal memasuki kawasan Padang. Saya pula berasa begitu ghairah melihat perarakan kenderaan-kenderaan ini. Setelah itu, perbarisan tahun ini dimeriahkan dengan pelbagai persembahan memukau dan penuh gah. Penonton-penonton kelihatan begitu seronok menyanyi lagu-lagu kemasyarakatan. Penduduk-penduduk di ester perumahan juga tidak melepaskan peluang untuk meraikan sambutan ini. Saya rasa NDP dapat menyatukan seluruh Singapura dan mempertingkatkan rasa kebanggaan terhadap Singapura. Acara itu diakhiri dengan percikan bunga api yang berwarna-warni dan ini sekaligus menyemarakkan suasana pada malam itu. Semua penonton di Padang terpukau melihat kawasan sekeliling menjadi terang-benderang dek percikan bunga api.